Social Icons

 

Monday, 1 September 2014

Teknik 'Declutter' /Nyahsampah Desktop Anda

Bagaimana untuk declutter desktop anda?

Saya pasti ramai di kalangan kita yang mempunyai desktop seumpama ini. Apa perasaan anda tatkala melihatnya?



Bagaimana pula perasaan anda tatkala ingin mencari fail penting yang bos anda minta sebelum waktu tengah hari.  Kelam kabut anda menyelak setiap folder. Terlupa la pula nama fail. Stres bukan?

Apabila anda stress, saya kurang risau. Tetapi apabila abang bos yang stress saya agak risau akan karier anda.



Bagaimana jika saya perkenalkan kepada anda suatu bentuk interior design desktop yang mudah dan simple?Yang berpotensi mengurangkan stress anda dan juga meningkatkan produktiviti anda. Jom..

Baiklah, mari kita mulakan.

Pertama, buang/delete segala icon yang ada dalam desktop anda. Ya, buang tanpa sebarang belas kasihan.

Kedua, buat/create tiga folder sahaja iaitu folder INBOX, CURRENT PROJECT dan ARCHIEVE.



Segala fail yang baru anda download atau ciptakan anda sumbatkan ke dalam INBOX tadi. Setiap pagi anda akan buka INBOX untuk anda selesaikan.

Fail atau tugasan yang mana tidak boleh diselesaikan segera anda pindahkan ke dalam CURRENT PROJECT untuk dilaksanakan kemudian. Setelah selesai tugasan tersebut anda pindahkan pula ke ARCHIEVE.

Setiap hari anda mesti meluangkan masa di dalam folder CURRENT PROJECT dan siapkan projek berkenaan secepat mungkin. 

Apabila selesai, sekali lagi pindahkannya ke dalam folder ARCHIEVE dan anda telah pun berjaya menjadi seorang yang produktif. Jangan lupa untuk meraikankannya. Setiap kejayaan kecik adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.

Bagaimana pula dengan aplikasi lain yang sering anda gunakan? Sila pilih aplikasi yang benar-benar diperlukan dan anda pinkan pada bahagian bawah skrin berhampiran dengan icon start.

Baiklah selamat memiliki desktop yang nyaman.. Dan tenteram. 

Jika anda merasakan bahawa penting untuk mengetahui berkenaan cara mengatururus rumah desktop anda, dan artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.

P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
https://dl.dropboxusercontent.com/u/25741918/zikri.pdf

Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com




Monday, 12 May 2014

Petua Ringkas Tapi Berbaloi Bagaimana Seorang Tentera Berjaya Bersiap Ke Medan Tempur Dalam Lima Minit, Dan Bagaimana Anda Juga Mampu Melakukannya.



Tentera sentiasa siap siaga.   Mereka tidur tapi telinganya sentiasa peka. Mereka dilatih dengan saranan diri 'satu peluru satu musuh'.


Bunyi serombong kedengaran. Dalam tempoh lima minit mereka akan bergegas keluar dengan segala kelengkapan dan beg mereka. Lima minit. Bagaimana mereka boleh lakukannya?

Menurut seorang isteri kepada pegawai tentera. Memang encik suami sudah dilatih untuk menyiapkan beg rucksack mereka setiap masa. Di dalam beg berkenaan sudah ada senarai barangan yang wajib ada.







Jangan Cucuk Tangan Kecil Anak Saya Yang Montok Itu! Dia Tidak Bersalah...!



Siapa yang suka anak yang baru beberapa hari dilahirkan dicucuk-cucuk? Nada.. Yillek..


Saya pernah lihat seorang pakcik berkopiah hampir menumbuk seorang jururawat yang cuba mencucuk anaknya untuk mendapatkan darah. Ngeri. Saya hanya mampu mengucap panjang. Nak marah pun ada.









Tuesday, 29 April 2014

Memang Mengandung itu Memenatkan Tapi Aku Tidak Pernah Serik..!



Naluri

Bersalin memang suatu naluri keibuan setiap wanita. Tanyalah siapapun yang baharu berumahtangga, tak sabar-sabar nak menimang cahaya mata.


Mengandung pula bukanlah tugas mudah. Ketabahan sangat diperlukan. Trimester pertama menjadi dugaan yang sangat kuat. 

Keperitan Trimester Pertama

Loya dan muntah menjadi mainan harian. Tubuh menjadi lesu. Segala cecair yang ada dalam badan meluru keluar. Bahaya buat si ibu terlebih bahaya buat si anak di dalam kandungan.








Friday, 18 April 2014

The Return of the HABIB..!



Habib kembali AKTIF!

Sudah seminggu Habib jatuh. Dia tersalah landing. Jatuh tersadung dengan badan tersembam dan terpele'ot kaki kirinya.


Kaki saya patah




Kata Habib, kakinya sudah patah. Kejadian dilaporkan dari berhampiran pesta makanan Thai. Dia mulai jalan terhenjot-henjot.
Jalannya makin perlahan. Akhirnya dia surrender. Tidak sanggup lagi mahu berjalan.




Sunday, 13 April 2014

EMPAT Langkah Mudah Menyahsampah (Declutter)


 
 
Kemas=tenang

Manusia sukakan ketenangan. Ketenangan dikaitkan dengan keamanan dan kedamaian. Ketenangan dikaitkan dengan suasana hati.
 
Suasana hati yang tenang dimanifestasikan dengan perbuatan dan tutur bicara yang tenang pula. Orang yang tenang wajahnya juga menampakkan ketenangan.
 




Sunday, 6 April 2014

ESP, Makin Dijamah Makin Sedap, SLURP!

 
Saya memang tidak faham kenapa sang isteri beriya sangat nak makan protein Shaklee nih. Beriya memesan dari sahabat WhatsApp. Daripada pengguna tegar sampailah akhirnya terjerumus menjadi ahli. Tapi kenapa? 
 
Untuk weight management rupanya. Kalau mencuba tentulah tak salah. Manalah tahu menjadi.


 
 
Tumpang sekaki
 
Disebabkan saya ni suka barang free, maka saya pun tumpang sekaki. Rasanya ok la jugak. Tapi bila tambah coklat lagi ok. Tapi bila buat shake sedap la pula. Tapi bila tengok resepi di alam maya, terasa geram la pula nak cuba.
 
Tanpa ku sedari dua minggu berlalu. Dan dua kg lemak di perut juga berlalu. Menjadi la gamaknya. Insya Allah akan lebih istiqamah.
 
Update : sedang add on Cinch dan omega guard dan lecithin di samping set kesihatan yang asas.

 
 
Update : sedang order shake and take from lazada. Goodbye unhealthy breakfast! Or so I wish..
 
Alang-alang dah makan energised soy protein ESP ni, saya pun melakukan pembacaan berkenan khasiat soya.
 
Inilah antara sari berita utama :




Oksigen Yang Radikal : Suatu Bentuk Ekstremisme


Tiadalah diciptakan manusia itu sia-sia

Penciptaan manusia memang sangat hebat. Dengan sendirinya ini adalah manifestasi kehebatan Penciptanya! Bila luka, pendarahan berhenti dengan sendiri. Bila demam, jika dibiarkan sendirian beberapa ketika, sekiranya jangkitan biasa, ia mulai sembuh (dengan izin Allah).

 
 
Bagaimanakah ini semua boleh terjadi? Apakah yang merosakkan badan kita? Bagaimana tubuh melawan penyakit?
 
Epal berkarat

Bayangkan sebiji buah epal. Potong sedikit biar terdedah. Tunggu seketika. Apa yang anda nampak? Ya, perubahan pada warna isi buah. Dari putih menjadi kekuningan atau kecoklatan.

 
 
Inilah yang dipanggil pengoksidaan. Epal menjadi 'berkarat'. Tubuh kita juga berkarat apabila berlaku pengoksidaan.




Monday, 31 March 2014

Kenapa Tengok Bola Pun Boleh Kena Serangan Jantung?


The Red Warrior suatu ketika dahulu..


Semenjak kebelakangan ini semakin kerap kedengaran kes serangan jantung penyokong tegar bola ketika menonton perlawanan bola. Tidak kira di rumah mahupun di stadium. Agaknya keadaan emosi yang sangat teruja di samping risiko jantung yang sedia ada merupakan penyebabnya. Dan mungkin kerana the Red Warrior semakin mengancam? Dan juga terancam? Ataupun mungkin kerana si mangsa hanya pandai menonton bola sahaja, tetapi tidak tegar bermain?

Sakit jantung sudah dikira sinonim dengan kematian.  Ada yang berakhir dengan kematian mengejut. Dan ada pula yang diuji dengan kesukaran dan juga kematian perlahan yang menyeksakan.







Friday, 28 March 2014

Tipu Kanan Tipu Kiri




Gelama ikan duri


'Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri'


Mula-mula saya kurang faham macam mana orang yang berbohong boleh jadi pencuri.. Setelah mengamati dalam - dalam akhirnya saya mendapat suatu pencerahan. 

Dosa pertama

Pertama, suatu dosa akan membawa kepada suatu dosa yang lain. Apabila anda sudah terbiasa berbohong, lama kelamaan anda berbohong lagi untuk menutup kebohongan yang pertama.. Akhirnya ia menjadi bohong bertingkat-tingkat.. Apabila sudah terbiasa berbohong maka dosa lain menjadi lebih mudah.







Thursday, 27 March 2014

Kalau Tiga Puluh Minit Pun Susah, Nah Buat Yang 30 Saat Nih!

 
 

Sedih dan bengang barangkali. Apabila pulang ke rumah singgah di rumah pengasuh untuk mengambil anak-anak yang seharian ditinggalkan. Bermulalah mala petaka dalam kereta. Seorang merengek-rengek. Seorang lagi menjerit-jerit. Si abang pula menangis nak tidur.
 
Waaarghh!






Tuesday, 25 March 2014

Nota Buat Akak Masam




Akak Masam

Tak nak lah beli dengan Akak Masam. Isteri menarik muka, juga masam.

Kami pernah lah juga membeli nasi dan lauk pauk di gerai Akak Masam ni. Memang mencuka. Susah benar nak senyum. Bukan tu sahaja, dia agak anti kalau kita buka-buka tudung lauknya. Mesti cepat-cepat dia nak tutup. Lalat katanya. Masih lagi mencuka. Oh, dan janganlah beli lauk sahaja tanpa nasi nanti bertambahlah cuka di pipinya.




Saturday, 22 March 2014

BUNCIT: Penyelewengan Erti Romantik Yang Parah

 
 


Buncit 

Seluar semakin ketat. Tidur semakin kurang berkualiti kerana sering berdengkur. Apabila menundukkan kepala jari - jemari kaki tidak kelihatan. Hendak duduk bersila lama pun terseksa. Orang kata sesiapa yang berisi biasanya mempunyai bau badan yang lebih aromanya. Seringkali apabila ditanya mengapa begini? , jawabnya ringkas, BUNCIT tu maknanya romantik dan penyayang. Denial barangkali.





Ke Mana Menghilangnya Anak-anak Yang Kubesarkan Selama Ini?

 
 


Tiga puluh minit yang akan menatijahkan hasil 30 tahun kemudian.


Hari berlalu dengan pantas. Setiap saat dilalui seperti mana rutin biasa. Tiada yang luar biasa melainkan semuanya biasa-biasa sahaja. Bangun pagi, bawa anak-anak ke sekolah, bergerak ke tempat kerja, pulang dari kerja, makan malam dan tidur. Ahad menggamit Khamis. Seminggu berlalu. Terasa begitu pantas.





Alah, Sembahyang Di Luar Masjidil Haram Pun Nak Sembang..



Istiqamah


Penat juga melangkah melangkaui jemaah umrah yang ramai di masjidil Haram. Ada pelbagai ragam. Yang baik Ada, yang buruk pula tidak kurang banyak pula. Ada yang ditimpa Ujian kesihatan. Ada yang mulutnya kumat - kamit asyik mengomel sahaja.

 
Apa yang indah, di Tanah Suci segalanya digandakan berkali lipat. Kebaikan memang diketahui umum digandakan. Tetapi yang tidak kurang penting ialah keburukan juga digandakan dosanya. Peluang yang ada usah ditolak ke tepi. Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari.





Pesanan Buat Pasangan Yang Masih Ternantikan Tangisan Si Cilik




Dalam Ceria ada Gusar
Wajahnya sering kelihatan ceria, tapi sesekali kelihatan termenung panjang. Apabila berbicara dari hari ke hati barulah dia mengakui agak tertekan kerana perkahwinan yang telah sekian lama dibina belum dihiasi dengan cahaya mata.

Bisikan yang membinasa
Yang lebih menggusarkan saya apabila ada bisikan yang kurang enak didengar. Ada lintasan pada hatinya yang mula mempersoalkan takdir. Ada bibit-bibit geram pada perjalanan hidupnya. Saya cuba memahami dari perspektifnya dahulu. Mendengar dan memahami. Elakkan dari menghakimi.




Friday, 21 March 2014

SIFU

Credit to Kung Fu Panda


Sifu, mahaguru, master, masterji.. MENTOR 

Perkataan ini membawa konotasi bahawasanya si fulan yang memiliki pangkat berkenaan dianggap sangat mahir di dalam bidang masing-masing.

Saya teringat musim raya tahun lepas. Saya berpeluang bertandang ke rumah seorang sahabat kepada mertua di Janda Baik.Saya hanya menjadi salah seorang pemandu. Menurut sumber yang tidak dapat dinafikan lagi, pertemuan tersebut adalah untuk reunion batches from Star (sekolah tuanku Abdul Rahman). Dijangka ramai yang dah berusia dan taiko2 berada dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Dan saya difahamkan juga tuan rumah dipanggil Prof Abdullah.




Salam Jumaat Yang Mulia






Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh.


Salam Jumaat tuan-puan yang dikasihi sekalian. Semoga pertemuan singkat ini melahirkan ukhuwah dan hubungan berpanjangan. Salam dan selawat di atas Junjungan Yang Mulia, Nabiyyuna wa Habibuna Rasulullah Sallahu alaihi wasallam. Baginda adalah penghulu segala Rasul dan sebaik-baik makhluk. Moga Allah menitipkan syafaat Baginda buatku di Akhirat nanti. Moga lidah ini sentiasa basah dengan selawat ke atasNya.




Thursday, 20 March 2014

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my