Bagaimana untuk declutter desktop anda?
Saya pasti ramai di kalangan kita yang mempunyai desktop seumpama ini. Apa perasaan anda tatkala melihatnya?
Bagaimana pula perasaan anda tatkala ingin mencari fail penting yang bos anda minta sebelum waktu tengah hari. Kelam kabut anda menyelak setiap folder. Terlupa la pula nama fail. Stres bukan?
Apabila anda stress, saya kurang risau. Tetapi apabila abang bos yang stress saya agak risau akan karier anda.
Bagaimana jika saya perkenalkan kepada anda suatu bentuk interior design desktop yang mudah dan simple?Yang berpotensi mengurangkan stress anda dan juga meningkatkan produktiviti anda. Jom..
Baiklah, mari kita mulakan.
Pertama, buang/delete segala icon yang ada dalam desktop anda. Ya, buang tanpa sebarang belas kasihan.
Kedua, buat/create tiga folder sahaja iaitu folder INBOX, CURRENT PROJECT dan ARCHIEVE.
Segala fail yang baru anda download atau ciptakan anda sumbatkan ke dalam INBOX tadi. Setiap pagi anda akan buka INBOX untuk anda selesaikan.
Fail atau tugasan yang mana tidak boleh diselesaikan segera anda pindahkan ke dalam CURRENT PROJECT untuk dilaksanakan kemudian. Setelah selesai tugasan tersebut anda pindahkan pula ke ARCHIEVE.
Setiap hari anda mesti meluangkan masa di dalam folder CURRENT PROJECT dan siapkan projek berkenaan secepat mungkin.
Apabila selesai, sekali lagi pindahkannya ke dalam folder ARCHIEVE dan anda telah pun berjaya menjadi seorang yang produktif. Jangan lupa untuk meraikankannya. Setiap kejayaan kecik adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar.
Bagaimana pula dengan aplikasi lain yang sering anda gunakan? Sila pilih aplikasi yang benar-benar diperlukan dan anda pinkan pada bahagian bawah skrin berhampiran dengan icon start.
Baiklah selamat memiliki desktop yang nyaman.. Dan tenteram.
Jika anda merasakan bahawa penting untuk mengetahui berkenaan cara mengatururus rumah desktop anda, dan artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com








.jpeg)
.jpeg)









