Social Icons

 

Sunday, 6 April 2014

Oksigen Yang Radikal : Suatu Bentuk Ekstremisme


Tiadalah diciptakan manusia itu sia-sia

Penciptaan manusia memang sangat hebat. Dengan sendirinya ini adalah manifestasi kehebatan Penciptanya! Bila luka, pendarahan berhenti dengan sendiri. Bila demam, jika dibiarkan sendirian beberapa ketika, sekiranya jangkitan biasa, ia mulai sembuh (dengan izin Allah).

 
 
Bagaimanakah ini semua boleh terjadi? Apakah yang merosakkan badan kita? Bagaimana tubuh melawan penyakit?
 
Epal berkarat

Bayangkan sebiji buah epal. Potong sedikit biar terdedah. Tunggu seketika. Apa yang anda nampak? Ya, perubahan pada warna isi buah. Dari putih menjadi kekuningan atau kecoklatan.

 
 
Inilah yang dipanggil pengoksidaan. Epal menjadi 'berkarat'. Tubuh kita juga berkarat apabila berlaku pengoksidaan.

 
Radikal-radikal bebas = musuh numero uno

Begini ceritanya. Radikal bebas adalah molekul oksigen yang tidak stabil. Kenapa? Kerana elektron miliknya diambil orang.

Radikal bebas akan meracau dan mengganggu gugat ketenteraman awam tubuh kita. Habis diserangnya dinding salur darah, dinding sel, protein, kolesterol (LDL) hinggalah kepada sel dan DNA. 

Radikal bebas akan bertambah dengan sebab-sebab tertentu. Contohnya adalah cahaya ultraviolet, pengambilan kolesterol (terutamanya LDL) yang banyak, pendedahan kepada bahan kimia, toksin, senaman yang melampau serta stress yang berlebihan.
 
Radikal bebas ini memang jahat. Apa sahaja yang mengenainya akan rosak. Jika terkena sel, protein, nukleus dan DNA habis rosak akan dia. Rosak dan terkapai-kapai mengharapkan pembelaan. Persoalannya, siapakah yang sudi? 

 
 
Antioksida = Hero

Usah risau. Badan kita diciptakan berserta dengan pertahanan badan yang tersendiri. Mereka dikenali sebagai antioksida.  Contoh antioksida yang penting dan dihasilkan dalam badan adalah glutathione, catalase, superoxide dismutase.
 
Manakala antioksida lain yang tidak kurang pentingnya adalah coenzyme Q10, vitamin A, B, C, D, E, K, bioflavanoid dan banyak lagi. Antioksida inilah yang akan menghentikan proses pengoksidaan di dalam badan yang dipanggil oxidative stress.

 
 
Menang jadi sihat kalah jadi sakit

Antioksida bertarung dengan radikal bebas. Jika bilangan tentera antioksida melebihi radikal bebas, maka kemenangan akan berpihak kepadanya.
Semakin banyak antioksida semakin hebat kekuatan pertahanan badan.

Mereka bekerja secara sinergi. Kalau satu tambah satu sama dengan dua, dengan sinergi,  1+1=10 atau mungkin lebih.


 
 
Semakin banyak radikal bebas maka semakin banyak pula antioksida yang diperlukan. Antioksida diperolehi daripada makanan di samping dibina sendiri di dalam badan.

Antioksida yang terbaik untuk plasma dan darah adalah vitamin C, sementara yang terbaik untuk lapisan darah atau lemak adalah vitamin E. Glutathione pula adalah antioksida terbaik untuk kegunaan di dalam sel.

Yang menariknya, vitamin C pula boleh membina kembali glutathione dan alpha lipoic yang sudah digunakan. Macam recycle gitu.

Perkuatkan pertahanan dengan Mineral dan Ko-faktor!

Pertahanan badan tidak lengkap dengan sekadar antioksida sahaja, kita juga perlukan sokongan daripada  mineral antioksida dan juga ko-faktor.

Mineral antioksida yang utama adalah zinc, copper, manganese dan selenium. Mineral membantu melengkapkan tindak balas kimia. 

Ko-faktor pula bertindak sebagai pembantu dalam tindak balas enzim. Ko-faktor terpenting adalah asid folic, vitamin B1, B2, B6 dan B12.

 
 
Cukupkah dengan diet harian?

Masalah timbul apabila makanan yang diambil seharian tidak berkualiti. Terdedah kepada racun serangga. Ada pula yang dihasilkan secara sintetik. Lawan kepada organik. Ada juga yang dimodifikasikan genetiknya.
 
Makanan yang sepatutnya menyihatkan menjadi racun tanpa disedari. Kesihatan yang dicari, kanser pula yang menjadi.

 
 
Makanan sebegini tidak mampu membekalkan antioksida yang sangat kritikal. Penyelesaian yang paling mudah adalah dengan mendapatkan suplemen organik dan berkualiti tinggi.
 
Antioksida yang dihasilkan sendiri oleh badan ada hadnya. Jika radikal terlampau banyak, antioksida ini akan kehabisan. Jika tiada bantuan dari luar, peluang untuk menang akan semakin tipis.
 
Akhirnya badan akan tewas. Akur kepada kekuatan radikal bebas. Akhirnya sel-sel mula rosak. Jika tidak dibaiki, nukleus dan DNA pula rosak.
 
If you don't repair the DNA, you are in trouble



Sel sakit yang sepatutnya diperbaiki kekal rosak. Yang sepatutnya dimatikan secara semula jadi, membarah dan membiak pula dengan ganas. Tanpa kawalan. Merebak ke serata badan.
 
Begitu pula dengan pelbagai penyakit kronik dan degeneratif. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, arthritis dan pelbagai lagi.
 
Ini termasuklah serangan kuman bakteria dan virus. Jika pertahanan lemah, walaupun kuman yang cikai pun badan kita tidak mampu melawannya.
 
Mujurlah Tuhan itu Maha Adil. Tidak diciptakan penyakit melainkan ada penawar nya. Marilah kita memperkasakan diri kita dengan antioksida yang mencukupi.
 
Dapatkan makanan yang berkualiti dan tinggi khasiat antioksidanya. Mudah-mudahan benteng antioksida tidak betah dibolosi lagi.

Shaklee menyediakan keperluan nutrisi yang sangat berkualiti dan memenuhi keperluan antioksida anda.
 
 
Bantulah badan memperkuatkan sistem pertahanannya dengan menyediakan segala bahan asas (tentera) yang mencukupi.
 
Pilihan di tangan anda!

Ayo!

Jika anda merasakan penting mengetahui berkenaan oxidative stress dan penawarnya iaitu antioksida, anda rasa artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
 
 
 
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Ebook percuma!

 
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com
 




No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my