Social Icons

 

Saturday, 22 March 2014

Ke Mana Menghilangnya Anak-anak Yang Kubesarkan Selama Ini?

 
 


Tiga puluh minit yang akan menatijahkan hasil 30 tahun kemudian.


Hari berlalu dengan pantas. Setiap saat dilalui seperti mana rutin biasa. Tiada yang luar biasa melainkan semuanya biasa-biasa sahaja. Bangun pagi, bawa anak-anak ke sekolah, bergerak ke tempat kerja, pulang dari kerja, makan malam dan tidur. Ahad menggamit Khamis. Seminggu berlalu. Terasa begitu pantas.

Penat

Anak dihantar ke taman asuhan. Sepuluh jam kemudian baharulah dibawa pulang. Ibu dan abah keletihan. Anak juga keletihan bermain seharian. Anak rindukan belaian. Tapi abah dan ibu lebih rindukan tempat kerja mereka.





Keperluan harian mesti dipenuhi. Gaji sang suami belum tentu cukup. Isteri terpaksa menyingsing lengan turut membanting tulang membantu apa yang termampu. Keperluan makan pakai disempurnakan namun seperti ada sesuatu pula yang hilang. Perhatian.



Siapakah rakan baik anak anda?
 
Manusia dahagakan perhatian dan penghargaan. Ia adalah keperluan asasi jiwa. Seolahnya ada bank untuk deposit emosi positif dan juga negatif. Jika tidak seimbang maka pincang lah jiwa. Mungkin anak cukup keperluan fizikal tapi menagih kasih dan perhatian ayah dan ibu. Keperluan yang tertunggak bakal menyaksikan ketidakseimbangan. Anak terpaksa menagih nya di luar. Dari rakan yang senasib. Keluarga yang berantakan barang kali. Atau khayalan-khayalan pil ecstasy. Na'uzubillah.




30 minit yang tidak ternilai

Ini tips dari seorang yang telah berjaya. Luangkan tiga puluh minit sehari dengan setiap anak yang kita ada. Minit yang berkualiti. Yang ada sentuhan. Yang ada hubungan emosi. Yang ada tautan mata dan hati. Biar ia eksklusif untuk setiap seorang anak.

Hujung minggu juga begitu. Setengah jam seorang. Sukar. Memang sukar. Banyak gangguan. TV, Internet, Facebook, blogs. Tapi pilihan yang anda buat akan menentukan siapakah rakan baik anak anda. Anda kah atau kekasihnya. Atau rakan sepeleseran. Atau rakan se'jamming'. Atau Anda?

Kenali kawannya. Apa kegemarannya. Baju kesukaannya. Subjek paling dibenci. Gurunya. Apa yang dibelanjakannya.
 
Memang sukar. Saya akur, anak saya pun masih kecil. Kita semua masih belajar. Tapi mana lebih mudah? Melakukannya sekarang atau 15 tahun lagi ketika dia bukan lagi anak yang pernah kita kenali.





Jika anda merasakan perkara yang sama, dan mungkin rakan atau saudara-mara juga mungkin bermanfaat dari perkongsia ini, saya jemput anda untuk klik butang like dan share di bawah.


P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Ebook percuma!

 
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com
 
 
 
 



 
 

 




No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my