Social Icons

 

Sunday, 13 April 2014

EMPAT Langkah Mudah Menyahsampah (Declutter)


 
 
Kemas=tenang

Manusia sukakan ketenangan. Ketenangan dikaitkan dengan keamanan dan kedamaian. Ketenangan dikaitkan dengan suasana hati.
 
Suasana hati yang tenang dimanifestasikan dengan perbuatan dan tutur bicara yang tenang pula. Orang yang tenang wajahnya juga menampakkan ketenangan.
 

 
 
Celaru=harubiru
 
Sebaliknya, suasana persekitaran yang berantakan melahirkan sakit hati. Hati yang sakit memang tidak tenang.
 
Sampah, kotoran, ruangan yang bersepah dan barangan yang terlampau banyak merusuhkan jiwa.
 
 
 
Apa itu clutter
 
Barangan yang banyak dan tidak teratur dan tersusun dipanggil clutter. Tindakan menyisihkan nya dipanggil declutter. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan pembacaan berkenaan declutter / sisih ini.
 
Ada EMPAT langkah utama:
 
Pilih ruangan yang ingin disisih. Jangan target sebiji rumah, nanti kempunan kita. Pilih ruang kecil sahaja. Mungkin satu laci sudah cukup.
 
Keluarkan semua barang yang ada dalam laci berkenaan. Semua sekali. Letakkannya di satu sudut atau satu bakul. Jangan ada belas kasihan ya.
 
Sediakan bekas sampah /tong sampah /plastik hitam.
 
Lakukan satu dari empat langkah mudah ini:
 
Sisih/buang
 
1.buang sahaja mana-mana barang yang tidak diperlukan atau rasa seperti diperlukan tetapi selama 6 bulan silam tidak pernah digunakan. Tong sampahkan ia. No mercy.
 
 
 
Barang lama usah dikenang
 
Majalah lama, bil, majalah astro, kad kahwin tujuh keturunan, permainan yang sudah rosak, selipar sebelah, bekas ubat gigi dan banyak lagi. Buang sahaja, usah dibelai kenangan lama.
 
Penstoran
 
2. Jika tidak mahu dibuang masukkan dalam satu kotak dan letakkan di stor. Selepas enam bulan, jika masih tidak digunakan juga, buang sahaja.
 
 
 
Sedekah/kebajikan
 
3. Sedekahkan kepada badan kebajikan atau charity atau berikan kepada jiran tetangga. Maklumkan melalui Facebook atau WhatsApp atau apa-apa media sosial.
 
 
 
Susun atur kembali
 
4 . hanya Barangan yang betul-betul diperlukan sahaja yang disusun atur kembali ke dalam laci tadi.
 
Ingat! Lagi banyak kita sisih lagi tenang hati kita. Jangan terus dibelai kenangan romantis hinggakan semua barang mahu disimpan. Celaru nanti.
 
Raikan
 
Selepas kita berjaya dengan langkah kecil ini, raikannya! Yay!
 
Kemudian, teruskan dengan laci berikutnya. Kemudian lengkapkan sebuah bilik. Lakukan sedikit demi sedikit. Jangan terlalu obses dengan sebijik rumah.
 
Perlahan-lahan anda akan rasa kepuasan. Kepuasan melihat tiada barang yang tidak perlu.
 
 
 
Ingat, suasana hati yang tenang melahirkan persekitaran yang mendamaikan, begitu juga sebaliknya, persekitaran yang decluttered, nyah sampah atau sisih juga melahirkan hati yang gumbira.
 
Cheers.


Jika anda merasakan bahawa penting untuk mengetahui berkenaan cara menyisihkan barangan lama anda, dan artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
 
 
 
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
 
https://dl.dropboxusercontent.com/u/25741918/zikri.pdf

 
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com
 


 




No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my