Naluri
Bersalin memang suatu naluri keibuan setiap wanita. Tanyalah siapapun yang baharu berumahtangga, tak sabar-sabar nak menimang cahaya mata.
Mengandung pula bukanlah tugas mudah. Ketabahan sangat diperlukan. Trimester pertama menjadi dugaan yang sangat kuat.
Keperitan Trimester Pertama
Loya dan muntah menjadi mainan harian. Tubuh menjadi lesu. Segala cecair yang ada dalam badan meluru keluar. Bahaya buat si ibu terlebih bahaya buat si anak di dalam kandungan.
Hari kelahiran telah pun tiba. Bayi yang lahir disambut gembira, diazan dan diibaratkan, serta dinamakan dengan nama yang indah-indah.
Malangnya anak didapati kuning dan perlukan rawatan foto terapi. Ibu pula kepenatan, tumpah darah, kesakitan dan luka masih perlu melalui proses penyembuhan.
Badan pula dah berubah. Alignment sudah longgar. Lebihan lemak dan bahagian badan yang menggeleber tentunya memerlukan tempoh penyembuhan yang tidak pendek.
Bahagian rahim yang menanggung kesusahan dan kepenatan selama sembilan bulan juga perlu diberi perhatian.
Begitu juga dengan tekanan fizikal dan mental yang dihadapi semasa tempoh mengandung dan kelahiran, tanpa sokongan yang padu dari suami dan keluarga, boleh meroyan jadinya.
Nah, tentunya bukan mudah untuk mengatasi semua masalah di atas. Namun dengan sedikit pelaburan, proses yang panjang dan sukar ini dapat ditempuhi dengan senyuman.
Multivitamin dan mineral
Walaupun anak jaundice atau kuning, hatta jika G6PD positif sekalipun, pengambilan multivitamin yang berkualiti boleh dimulakan seawal hari pertama. Ia sangat membantu bagi memperbaiki sel yang rosak serta menggalakkan pertumbuhan sel baru.
Multivitamin dan mineral boleh meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan melawan jangkitan penyakit. Ia turut membantu memulihkan penghadaman dan meningkatkan selera makan. Untuk itu anda disarankan mengambil Vitalea.
B Complex
Dengan pengambilan vitamin B complex, badan akan lebih kuat untuk menangani stress dan tentunya membantu mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan perasaan.
Vitamin C
Dengan pengambilan yang betul , vitamin C bukan sahaja boleh mengurangkan simptom alahan, bahkan turut berperanan sebagai
anti oksida semula jadi yang memelihara kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah. Tentunya sangat penting tatkala berpantang.
Zinc Complex
Pernah dengar petua orang tua-tua dahulu tentang pemakanan haruan untuk wanita berpantang? Rupa-rupanya haruan mengandungi kandungan zinc yang cukup tinggi. Zinc sangat berguna untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Selain dari itu, Zink juga bertanggungjawab mengurangkan keguguran rambut di samping meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tentunya badan akan terasa lebih kuat untuk melawan sebarang jangkitan kuman. Ini sangat penting untuk kebaikan ibu dan anak.
Zink sangat berperanan dalam menolong penyembuhan luka luaran dan dalaman di samping mengurangkan masalah jerawat.
Akhirnya ini dapat memulihkan daya seksual dan pertumbuhan organ secara keseluruhan. Ingat, vitamin tidak bertindak sendirian. Ia saling tolong menolong membentuk sinergi.
Suami perlu prihatin terhadap keperluan jasmani dan emosi si ibu. Belailah isteri anda dan hadiahkannya dengan set bersalin berkualiti tinggi. Saya doakan si ibu sihat walafiat dan si anak tumbuh membesar menjadi anak yang pintar dan berbudi kepada orang tuanya. Amin.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com













No comments:
Post a Comment