Perkataan ini membawa konotasi bahawasanya si fulan yang
memiliki pangkat berkenaan dianggap sangat mahir di dalam bidang
masing-masing.
Saya teringat musim raya tahun lepas. Saya berpeluang
bertandang ke rumah seorang sahabat kepada mertua di Janda Baik.Saya
hanya menjadi salah seorang pemandu. Menurut sumber yang tidak dapat dinafikan lagi,
pertemuan tersebut adalah untuk reunion batches from Star (sekolah
tuanku Abdul Rahman). Dijangka ramai yang dah berusia dan taiko2 berada
dalam majlis yang sederhana tapi meriah. Dan saya difahamkan juga tuan
rumah dipanggil Prof Abdullah.
Tanpa saya sedari rupa - rupanya dia sebenarnya adalah 'the' Prof Abdullah dan dia juga adalah suami kepada 'the' Puan Ainon. Pasangan ini adalah legend bagi saya. Mana tidaknya, kalau anda melangkah ke mana-mana kedai buku anda pasti akan terserempak dengan barisan rak buku keluaran pts. Merekalah hero di sebalik syarikat penerbitan hebat ini. Kalau anda baca buku buku mereka pun anda boleh pelajari begitu banyak idea pemikiran yang luar dari kebiasaan.. Mereka banyak mengarang buku berkenaan teknik berfikir.
Kelebihan mereka terserlah bila 'they walk the talk'. Bukan
sekadar menulis malah mereka membuka syarikat penerbitan sendiri.
Akhirnya tembok besar yang menghalang buku-buku karangan penulis Melayu
tempatan berjaya dirobohkan. Pts berjaya menembusi kinokuniya, popular
bookstore, Mph dan banyak lagi. Beliau juga mencabar idea usang kononnya
rakyat Malaysia kurang membaca. Buktinya buku-buku mereka laku keras!
Bangga dapat duduk bersama mereka walau seketika. Pasangan
yang sangat sederhana dan merendah diri namun ibarat permata
bergemerlapan.
The Power of Networking
Paling menyeronokkan apabila mereka telah memasukkan saya ke dalam secret group Ainon business school. Sangat meriah! Sangat positif! Terasa haba dan aura positif usahawan Melayu yang meruntun-runtun jiwa. Saya terasa seperti terpaksa untuk berbisnes!
Tip dan nasihat bagaikan kerlipan permata. Berbeza
kata-kata nasihat daripada penglipur lara berbanding orang bisnes yang
merasai sendiri jatuh bangun dan turun naik putaran kehidupan.
Tersentap!
Antara nasihat berharga : mesti ada ilmu untuk berniaga..
Mesti ada sistem. Usah berhutang. Bermula dengan apa yang ada dahulu.
Dan tanpa disedari saya berbisik di dalam hati : mesti ada mentor yang
boleh diikuti selangkah demi langkah yang ikhlas menunjukkan jalan.
Ibarat suatu lebuhraya yang sudah tersedia, jadi mengapa mahu menebas
hutan membina jalan sendiri?
Terima kasih kerana LIKE! dan SHARE! Saya pasti anda dan rakan-taulan Insya Allah beroleh manfaat.
Terima kasih kerana LIKE! dan SHARE! Saya pasti anda dan rakan-taulan Insya Allah beroleh manfaat.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com










No comments:
Post a Comment