![]() |
| The Red Warrior suatu ketika dahulu.. |
Semenjak kebelakangan ini semakin kerap kedengaran kes serangan jantung penyokong tegar bola ketika menonton perlawanan bola. Tidak kira di rumah mahupun di stadium. Agaknya keadaan emosi yang sangat teruja di samping risiko jantung yang sedia ada merupakan penyebabnya. Dan mungkin kerana the Red Warrior semakin mengancam? Dan juga terancam? Ataupun mungkin kerana si mangsa hanya pandai menonton bola sahaja, tetapi tidak tegar bermain?
Sakit jantung sudah dikira sinonim dengan kematian. Ada yang berakhir dengan kematian mengejut. Dan ada pula yang diuji dengan kesukaran dan juga kematian perlahan yang menyeksakan.
Kualiti kehidupan sudah berpusing 180 darjah. Sering sakit dada. Sesak nafas. Aktiviti harian terhad. Keluar masuk hospital. Pekerjaan terganggu. Gaji terganggu. Hutang. Perbelanjaan hospital. Ini semua hanya akan mempercepatkan lagi pemergian ke alam sana. Tapi bukankah kita sudah diberi amaran?
Bagaimana kita hendak mengecam serangan jantung ini? Tentunya dengan kehadiran sakit dada. Terasa tekanan pada dada yang kuat . Biasanya di tengah dada ataupun sebelah kiri. Semakin teruk jika melakukan aktiviti. Berkurangan apabila berehat. Berpeluh-peluh. Sakit yang merebak ke lengan kanan ataupun kiri. Terasa loya. Muntah.
Ada yang terus pitam tak sedarkan diri. Paling teruk jika jantung terus terhenti. Cardiac arrest kata omputih. Masa tu lah anda mesti lakukan CPR. Ataupun orang lain yang lakukan pada anda. Na'uzubillah.

Pesakit jantung mudah penat. Berjalan pun termengah-mengah apatah lagi kalau berlari atau menaiki tangga. Hujung tangan dan kaki pula mudah terasa sejuk. Kadangkala kebiru-biruan.
Risiko penyakit jantung pula banyak. Biasanya :
Lelaki umur melebihi 40 tahun
Wanita berusia terutama selepas putus haid
Perokok tegar
Darah tinggi
Kencing manis
Kadar kolesterol yang tinggi (obesiti)
Sejarah keluarga yang berpenyakit jantung
Kadar homocystein yang tinggi
Sekiranya anda sakit dada dan mempunyai risiko seperti di atas, seelok-eloknya dapatkan rawatan kesihatan dan lakukan ujian ECG. Kelewatan boleh membawa maut.
Bagaimana pula untuk mengelakkannya? Sudah tentu dengan mengenal pasti risiko di atas dan berusaha secara aktif untuk mencegahnya.
Berikut adalah beberapa petua yang dijamin membantu. Insya Allahu Taala.
Melakukan aktiviti riadah. Saya sudah sentuh sebelum ni. Mulakan dengan berjalan kaki sahaja dahulu. Cuba berjalan 20-30 minit untuk tiga kali seminggu. Tak perlu lompat pagar ataupun lompat katak dahulu.
Bina stamina perlahan-lahan. Tak boleh juga? Jalan la sepuluh minit dahulu. Parking kereta jauh - jauh. Tambahkan duration dan intensity slow and steady.
Bina stamina perlahan-lahan. Tak boleh juga? Jalan la sepuluh minit dahulu. Parking kereta jauh - jauh. Tambahkan duration dan intensity slow and steady.
(The Clinical Council on Cardiology advises 40 minutes to one hour of aerobic activity every day and strength training three days a week).
Berhenti merokok. Siapa yang rasa merokok itu menyihatkan tak tahu lah. Dah letih nak berleteq..
Menjaga pemakanan.' Kurangkan manis dalam minuman. Banyakkan manis dalam senyuman'. Kurangkan masin. Kurangkan makanan berlemak dan kurangkan makan. Aduyai, semua kena kurangkan ni.. Harga makanan tak de la pulak nak turunnya.
Hish.. Yang ni, saya mengaku memang terkena batang hidung sendiri. Insya Allah saya sedang insaf.
Amalkan pemakanan yang menyihatkan.
Banyakkan nutrient dalam pemakanan. Banyakkan serat, buah-buahan, sayur-sayuran dan pengambilan air yang banyak. Untuk pengambilan protein pula, kita sepatutnya kenal daging putih yang mana, daging merah tu macam mana. Contoh daging putih adalah ayam dan ikan. Daging merah lebih kepada daging kambing dan lembu. Pilihlah daging putih.
![]() |
| Bagi yang bermasalah dengan diet dan pengambilan protein, Shaklee Energising Soy Protein boleh membantu anda untuk kekal aktif bertenaga di samping menawarkan sumber protein yang berkualiti tinggi. |
Belajarlah serba sedikit berkenaan nutrisi. Baca sikit-sikit berkenaan vitamin, mineral, calcium, magnesium, zink, protein dan karbohidrat. Lagipun itulah ingredients badan kita. Kalau kereta kita servis elok, beli minyak hitam gred premium, takkanlah bab servis jantung kita nak pakai minyak marjerin jer.
Ini pula senarai ringkas makanan tambahan yang membantu kesihatan jantung :
Omega 3
Dalam banyak-banyak lemak, inilah lemak yang kita memang nak sangat. Kandungan ALA,DHA dan EPA di dalam omega 3 ini sangat penting tetapi badan kita tidak boleh nak hasilkan sendiri.
Ia boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan juga tuna, di samping kekacang dan minyak zaitun dan soya. Khasiatnya teramat banyak tetapi yang nak disebutkan di sini adalah kesannya dalam mengurang trigliseride iaitu kolesterol yang berbahaya kepada kesihatan jantung.

| Ini dia ikan tuna, kalau hari-hari boleh tangkap dan makan Insya Allah terpeliharalah jantung kita. |
Coenzyme Q10
Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 mampu mengurangkan sakit dada., sesak nafas dan juga kepenatan yang berpunca dari masalah jantung. Vitamin ini juga selalunya menjadi rendah jika seseorang itu mengambil ubat kolesterol (statin). Oleh kerana itu sangat baikm diambil jika anda juga adalah pengguna ubatan statin.
Soya
Pengambilan soya berupaya turunkan low density lipoprotein (ldl) dan total cholesterol di dalam darah. Tentunya mengurangkan risiko serangan jantung.
Pengambilan soya berupaya turunkan low density lipoprotein (ldl) dan total cholesterol di dalam darah. Tentunya mengurangkan risiko serangan jantung.
![]() |
| Amalkan pengambilan soya organik berkuali tinggi |
B complex
Vitamin ini walaupun sangat murah dan mudah didapati, peranannya sering diabaikan. Ia sangat berkesan bagi menurunkan kadar homocystein dalam darah. Serangan jantung sering dikaitkan dengan tahap homocystein yang tinggi. Penurunan kadar homocystein tentunya sangat membantu.

Kurangkan stress. Bersyukur dengan hidup anda. Sayangi diri dan keluarga. Tunjukkan kasih sayang kepada manusia mahupun haiwan. Banyakkan memberi. Insya Allah akan dihilangkan kesedihan dan digantikan dengan bahagia.
Mediterranean diet
Amalkan pengambilan 5 jenis buah dan sayuran setiap hari. Tingkatkan pengambilan minyak olive. Inilah penyebab utama kurangnya serangan jantung bagi penduduk Mediterranean.
Amalkan pengambilan 5 jenis buah dan sayuran setiap hari. Tingkatkan pengambilan minyak olive. Inilah penyebab utama kurangnya serangan jantung bagi penduduk Mediterranean.
Kekalkan body mass index (bmi) yang optimum iaitu 19-25 bagi wanita dan 20-25 bagi lelaki.
Meditasi
Ambil sedikit masa setiap hari untuk bersendiri dan melakukan senaman pernafasan sambil mengheningkan fikiran. Amalan zikir dengan penghayatan yang tinggi mampu merubah kerohanian di samping kesihatan mental yang baik.

Ketahuilah dengan berzikir hati akan menjadi tenang |
Halia
Garlic atau halia juga boleh mengurangkan kolesterol. Satu kajian klinikal menunjukkan keupayaan halia untuk menurunkan tekanan darah sebanyak 7-8 peratus (webmd.com). Halia juga sangat baik untuk mengurangkan atherosclerosis iaitu saluran darah yang keras atau kurang keanjalannya.

Magnesium
Magnesium berpotensi mencegah diabetes bagi golongan wanita umur pertengahan. Ia juga mengurangkan simptom mitral valve prolapse serta berupaya menurunkan kolesterol. Magnesium didapati mengurangkan sakit dada bagi paravpenghidap sakit jantung. Ia juga sangat berguna bagi mengelakkan dari sindrom metabolik, (webmd.com).
Panjang senarai ini. Penat nak baca, penat lagi nak mencarinya.
Saya tidak yakin yang saya mampu mendapatkannya daripada diet seharian. Saya sarankan anda mendapatkan sumber pemakanan yang berkualiti melalui produk yang dijamin keasliannya. Sentiasalah mengambil produk organik yang terpelihara dari racun serangga dan rumpai dan terbukti selamat.
Saya sendiri mengamalkan produk Shaklee kerana reputasi dan kajian klinikal yang baik. Kalau ada yang nak tumpang sekapal adalah amat dialu-alukan. Saya bersedia membantu dari segi penghantaran dan nasihat pengambilan. Insya Allah. Tidak salah berkongsi kebaikan.
Jika anda merasakan penting mengetahui berkenaan masalah jantung dan anda rasa artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com

.jpg)

No comments:
Post a Comment