Dalam Ceria ada Gusar
Wajahnya sering kelihatan ceria, tapi sesekali kelihatan termenung panjang. Apabila berbicara dari hari ke hati barulah dia mengakui agak tertekan kerana perkahwinan yang telah sekian lama dibina belum dihiasi dengan cahaya mata.
Bisikan yang membinasa
Yang lebih menggusarkan saya apabila ada bisikan yang kurang enak didengar. Ada lintasan pada hatinya yang mula mempersoalkan takdir. Ada bibit-bibit geram pada perjalanan hidupnya. Saya cuba memahami dari perspektifnya dahulu. Mendengar dan memahami. Elakkan dari menghakimi.
Saya percaya ada ramai pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun telah banyak kali mencuba. Saya hanya boleh berkongsi pengalaman kehilangan anak di dalam kandungan yang mencecah usia 6 bulan. Disebabkan sejenis jangkitan kuman pada janin, anak kami tidak dapat diselamatkan.
Stress
Ia menjadi suatu tekanan emosi yang maha dahsyat. Saya menjangkakan isteri akan melalui tempoh mengandung dengan mudah. Kandungan yang sebelum ini tiada komplikasi ketika mengandung, kalau ada pun ketika tempoh kelahiran. Rupanya tidak. Allah menguji saya.
Bisikan Datang Lagi
Banyak bisikan hadir. Apa dosa saya? Kenapa ia berlaku kepada saya? Serta banyak persoalan lain. Hari-hari seterusnya agak sukar. Proses menguruskan jenazah juga memenatkan. Hanya selepas satu ketika baharulah dapat bersendiri dan bertafakur. Saya memilih untuk menerima takdir ini sebaik mungkin. Saya masih manusia biasa. Dibayangi kesedihan, persoalan dan bisikan. ada bisikan baik, yang buruk tidak terkecuali.
Salah Siapa?
Ada kala menyalahkan diri sendiri, pada masa yang sama mencari kesalahan orang lain. Alhamdulillah saya tidak terlatah menyalahkan Allah. Bukan senang. Fasa penerimaan memerlukan tempoh. Time heals almost everything. Saya belajar dari kesilapan sendiri dan bertatih untuk memperbaiki diri dan mengelakkan kesilapan yang sama berulang.
Tiada zuriat, hati risau. Tapi yang sudah ada, janganlah pula diabaikan. Tanggungjawab sangat besar. Di akhirat nanti masing-masing sibuk dengan masalah sendiri. Hinggakan di sana nanti, semua mengelak dari dijumpai sesiapa kerana takut dituntut dan dihakimi. Muflis nanti jadi.
Saya cuba menasihati sahabat saya itu. Saya kongsikan zikir Ya Fattah ya Wahhab.. Moga dibukakan pintu rezeki. Dan rezeki anak-anak terutamanya. Saya nasihatkan dia mengambil makanan kesihatan. Saya sarankan pengambilan zink untuk suami, dan gamma linoleic acid untuknya. Saya suruh dia research dulu sendiri, tapi saya sedia membantu jika diperlukan.
Pelajarilah tentang kesuburan. Jangan menyalahkan wanita sahaja. Lelaki juga perlu diubati jika perlu. Kita bukannya berada di zaman gelap. Banyak sisi yang boleh dilihat sebelum mengalah. Ketahui waktu subur, kitaran haid, pemakanan dan juga kesihatan tubuh secara keseluruhan. Dapatkan khidmat nasihat kesihatan dan optimis dengan sebarang kemungkinan. Doa jangan pula ditinggalkan, Insya Allah Dia juga tidak akan meninggalkan anda.
Sekiranya perkongsian ini baik untuk anda dan juga rakan taulan, saya jemput anda untuk turut sama like dan share. Terima kasih!
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com









No comments:
Post a Comment