Siapa yang suka anak yang baru beberapa hari dilahirkan dicucuk-cucuk? Nada.. Yillek..
Saya pernah lihat seorang pakcik berkopiah hampir menumbuk seorang jururawat yang cuba mencucuk anaknya untuk mendapatkan darah. Ngeri. Saya hanya mampu mengucap panjang. Nak marah pun ada.
Saya percaya doktor yang merawat bukannya suka suki dia nak menyucuk. Tentunya ada sebab yang penting. Salah satu sebab utama adalah kerana kuning.
Kenapa doktor nak cucuk? Jawapannya : Nak tengok kadar bilirubin dalam darah. Mereka percaya bahawa kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan saraf otak. Sawan dan kerosakan kekal pada otak boleh terjadi. Nak ke? (Sila Google kernicterus)
Kalau dah emak darah O ditambah lagi dengan anak yang G6PD positif, memang kuning lip lap la jawabnya.
Kalau dah kuning tu, janganlah pula diambil herba dan akar kayu.
Hati kerjanya memproses bahan kimia dan segala benda toksik dalam darah. Dah lah terbeban dengan metabolisma untuk menyingkirkan bilirubin, kena pula buat kerja extra untuk memproses herba pula. Itu belum lagi herba yang memang toksik kepada hati lagi.
Hati dahlah sangat muda lagi, dibebankan pula dengan masalah yang berkapasiti besar. Tentunya bertambah-tambah kuningnya.
Ibu-ibu muda sekalian, berhati-hati tatkala anak anda kuning. Mungkin masalah ini disebabkan oleh ketidakserasian darah. Mungkin juga masalah pada organ hati itu sendiri. Atau mungkin juga disebabkan oleh serangan kuman yang tidak jelas simptom nya.
Tetapi, tatkala anak anda yang berusia kurang 28 hari mengalami demam, pastikan anda terhegeh-hegeh untuk berjumpa doktor. Kalau doktor pun buat tidak tahu sahaja dapatkan pandangan kedua. Kelalaian anda bakal membawa petaka.
Saya masih ingat adik saya yang baru mendapat cahaya mata. Pada hari ketiga atau keempat, anaknya didapati demam.
Tiada tanda kuning pada pandangan mata kasarnya. Saya menyarankan beliau agar mendapatkan nasihat doktor kecemasan dan kanak-kanak.
Walaupun dia keberatan anaknya dicucuk, saya berikan penegasan. Cuba teka berapa bacaan bilirubinnya? Takdelah tinggi sangat, tapi adalah menghampiri angka 450 aje ! Sudahnya anak kecil itu terpaksa melalui prosedur exchange transfusion.
Tempoh 28 hari pertama adalah sangat kritikal. Tubuh ibu dan anak agak lemah. Ibu keletihan bersalin dan dalam proses pemulihan , sang anak pula kekurangan antibodi. Sumber antibodi utama adalah daripada susu ibu. Kalau ibu sendiri sudah huru hara kesihatan dalamnya, mana mungkin dia menghasilkan susu yang sihat?
Sebab itulah sepanjang tempoh mengandung ibu-ibu disarankan mengambil berat perihal pemakanan. Usah diharapkan pada diet harian semata. Dapatkan sumber vitamin dan mineral tambahan selain daripada pemakanan biasa.
Antioksida yang optimum akan membantu tugasan harian sel dan sistem tubuh. Sistem yang sihat berupaya menghadang serangan dari luar. Sistem yang kuat juga mempercepatkan proses penyembuhan.
Ibu-ibu muda mesti menambahkan ilmu keibu-bapaan. Ilmu ini bukan hanya berlegar setakat cara-cara mendidik anak sahaja, bahkan lebih dari itu ia juga melibatkan ilmu kesihatan anak.
Dengan adanya ilmu ini kita dapatlah menapis konsultasi perubatan tanpa tauliah di luar sana. Kita lebih berhati-hati apabila mendengar saranan untuk menjemur anak di bawah pancaran terik matahari, atau saranan pengambilan susu kambing yang diragui keasliannya apatah lagi kebersihannya, atau saranan memandikan anak dengan herba yang tidak diketahui asal-usulnya.
Bukanlah saya ingin merendah-rendahkan pandangan tersebut tetapi dengan keadaan dunia tanpa sempadan ini, setiap sesuatu mestilah dilakukan dengan ilmu atau sekurang - kurangnya maklumat yang tepat. Sekiranya ada basis di sebalik saranan tersebut barulah anda bertindak.
Sekali lagi saya sarankan agar kita semua tambahkan ilmu di dada. Bacalah buku dan tambah nilai hidup anda. Jadikan budaya ilmu suatu kemestian di dalam hidup kita.
Lebih cemerlang lagi kalau ibu bapa mendapatkan ilmu rawatan kecemasan. Banyak buku boleh digali. Bahkan hanya dengan petikan jari cikgu Google dan makcik YouTube boleh membantu.
Cuma pastikan maklumat yang digali mendapat pengesahan pengamal perubatan yang terlatih.
Wallahuaa'lam a'lam
Jika anda merasakan bahawa penting untuk mengetahui berkenaan cara menghadapi anak kecil yang sakit kuning, dan artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com





.jpeg)
.jpeg)




No comments:
Post a Comment