Sedih dan bengang barangkali. Apabila pulang ke rumah singgah di rumah pengasuh untuk mengambil anak-anak yang seharian ditinggalkan. Bermulalah mala petaka dalam kereta. Seorang merengek-rengek. Seorang lagi menjerit-jerit. Si abang pula menangis nak tidur.
Sabarlah wahai hati. Sabar sikit lagi. Dah nak sampai dah.. Woi! Diamlah! (dengan dramatisasi dan extra sound effects) Ops terjerit sama dengan anak-anak. Alasannya kita penat. Tak larat nak layan kerenah anak-anak. Anak-anak sepatutnya memahami ibu bapa yang kepenatan dan sepatutnya menunjukkan disiplin dan amalan sopan santun yang mulia. Ini tidak. Memekik sahaja.
Dah Jadi Bapak Pun Kena Berkursus Lagi?
Teringat kursus parenting beberapa tahun lepas. Dianjurkan oleh Zaid Mohammad. Siap dijual dengan buku sekali. Memang perangai orang bisnes. Suka upselling. Dalam hati, 'aku dah kahwin banyak tahun takkan nak kena datang lagi kursus parenting? 'tapi sebab Mrs wifey dah bayar ajak ikut aje lah.
Bercakap Dari Hati Nurani
But wait.. This guy is good. Dia tidak perlu tinggikan suaranya untuk menarik perhatian audiens. Ceramah pun tidak macam ahli politik yang pum pang pum pang. Lembut dan bersahaja. Tapi menerobos. Kena fokus ni. Dia ada aura positif.
Tips 30 saat
Ok. Not bad. Banyak idea menarik dan bernas. Saya nak fokus satu sahaja. Lots of love. Banyakkan kasih sayang. Kasih sayang mesti dimanifestasikan. Contohnya banyak tapi yang paling penting adalah pelukan 30 saat tiga kali sehari dan beritahu anak atau pasangan anda abah/abang sayaaaaang... (isi tempat kosong).
![]() |
| Mmmmuahhs |
Wah wah. Too simple and too easy. Takkan bayar ratus - ratus nak belajar adegan romantik ni ajer. Ok. Tak percaya? Tuan puan adik kakak balik dan cuba buat di rumah. Kemudian datang balik dan tulis di ruang komen hasilnya. Luar biasa!
Kesimpulannya, kalau anda ada pengalaman yang berharga, bukukan. Kemudian jual buku tersebut. Dapat royalti. Kemudian buat seminar. Boleh buat business.
Kedua, tulisan dan perkongsian dari hati dijamin menusuk kalbu.
Ekspresi Cinta
Ketiga, sayangilah keluarga anda dan tunjukkan atau ekspresikan sebelum terlambat. Bak kata Harian Metro 'arwah menunjukkan perangai pelik sebelum kemalangan dan begitu manja sekali seolah-olah seperti tahu yang beliau akan pergi buat selamanya' . Takkan sebelum mati baru nak buang tabiat?
Ketiga, sayangilah keluarga anda dan tunjukkan atau ekspresikan sebelum terlambat. Bak kata Harian Metro 'arwah menunjukkan perangai pelik sebelum kemalangan dan begitu manja sekali seolah-olah seperti tahu yang beliau akan pergi buat selamanya' . Takkan sebelum mati baru nak buang tabiat?
Sekiranya anda juga mengalami situasi yang sama dan anda rasakan artikel ini mungkin berguna buat rakan dan taulan, saya jemput anda untuk klik LIKE dan SHARE.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com









No comments:
Post a Comment