Buncit
Itulah sang aku. Dan mungkin jutaan lagi di luar sana.
Baiklah, saya berazam untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat! Saya tidak mahu dibelenggu oleh berat badan 8 series! Saya mahu bebas!
Tapi bagaimana? Jangan terburu-buru. Kita mesti ada ilmu. Bisik hati nurani. Jangan nanti hangat-hangat tahi ayam. Saya melakukan sedikit pembacaan dan membuat keputusan untuk melakukan ujian klinikal terhadap diri sendiri.
Menapak
Saya bermula dengan menapak dahulu. Saya download Android application yang boleh buat tracking jarak dan bilangan kalori. Saya suka aplikasi Runkeeper walaupun suara wanita yang kaki report itu ala-ala robot wanita gps. Dan kita boleh sharing progress kita terus ke media sosial. Mungkin untuk lebih luar biasa.
Sharing online akan menjadi pembakar semangat. Anda telah memaklumkan kepada semua peminat anda untuk berubah. Ini melibatkan ego. Mahu atau tidak dorongan dari dalam akan menjadi extra super.
Sempoi
Habis sahaja waktu bekerja saya tukar kasut ofis kepada kasut sukan. Selesai sahaja solat Asar saya mula menapak. Kereta memang sengaja diparking agak jauh untuk memaksa diri berjalan. Seperti biasa buatlah stretching lebih lebih kurang. Yang penting mulakan sahaja dulu. Just do it!
Kajian menunjukkan berjalan dengan cepat (brisk walking) 3 jam seminggu adalah seumpama beriadah dengan bersungguh-sungguh (joging, berenang, dsb) selama sejam setengah. Risiko serangan jantung menurun 30-40 peratus. Berjalan juga sangat membantu menurunkan risiko stroke dan menurunkan tekanan darah.
Bukan senang untuk istiqamah. Kata orang-orang tua, untuk menjadi tabiat kita kena melazimkan diri melakukan sesuatu selama empat puluh hari/kali berturut turut sebelum ia menjadi darah daging dan sebati.
Podcast + Walking = less boring
Saya ambil peluang berjalan ini untuk mendengar podcast melalui sambungan bluetooth ke earphone. Ilmu dapat dan badan pun sihat. Saya download podcast kegemaran siap-siap kemudian plug in dan chalo... Biasanya saya dengar ceramah Imam Hamza Yusuf Hanson, tak pun update tentang bidang saya, biasanya saya download dari emcrit.org. I loike it.
Kenapa berjalan? Kenapa tidak berlari terus? Badminton? Bola jaring? Bola sepak? Alamatnya Bungkus tuan puan. Barang siapa yang menjalani hidup selesa tanpa sebarang aktiviti sukan kemudian terus melakukan aktiviti berat nescaya bungkuslah ia ke alam lagi satu.
Badan kita perlu dilatih sedikit demi sedikit untuk membina stamina. Selepas 2-3 minggu barulah kita naik taraf sedikit demi sedikit. Kalau anda baca buku Deepak Chepa, 'Perfect Health', dia menyarankan kita melakukan senaman yang ringan mengikut jenis tubuh masing-masing. Berjalan, menurut beliau adalah yang paling sesuai untuk semua jenis tubuh manusia.
Air 3 liter
Seterusnya adalah pengambilan air yang mencukupi. Berapa banyak baru dikira cukup? Tiga liter adalah dikira munasabah. Rule of thumb, minumlah sebanyak mungkin sehingga anda mendapati air kencing menjadi jernih. Air kencing kita hendaklah sekurang-kurangnya 0.5ml ke 1ml/kg/jam. Kalau anda 80 kg, air kencing hendaklah 40-80ml sejam jika disukat. Saya pasti anda tidak akan menyukatnya. Jadi abaikan sahaja mesej ini.
Shakeology
Ketiga, mungkin kita boleh percepatkan proses penurunan berat badan dengan pengambilan makanan kesihatan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme badan, memecahkan lemak, serta memulihkan pembinaan otot.
Saya sendiri mengamalkan pengambilan Energising Soy Protein shake, lecithin, Alfalfa atau herba yang berfungsi melawaskan usus untuk tujuan detoksifokasi.
Saya sendiri mengamalkan pengambilan Energising Soy Protein shake, lecithin, Alfalfa atau herba yang berfungsi melawaskan usus untuk tujuan detoksifokasi.
Lecithin ni pula kerjanya meng'emulsify' lemak atau dalam bahasa mudahnya memecahkan lemak. Pengambilan protein pula bertindak membina kembali badan sebab struktur yang lebih sihat. Protein adalah binaan asas tubuh kita. Kandungan indeks glycemicnya pula rendah. Jadi elok diambil oleh penghidap kencing manis. Sesuai juga dijadikan hidangan sebelum makan pagi dan makan malam. Ambil 30 minit sebelum sarapan, kemudian kurangkan kuantiti atau serving size sarapan tadi.
Jadi makanan tambahan bertindak untuk detoksifikasi usus, pemecahan dan penyingkiran lemak di samping pembinaan semula tubuh.
Kesimpulannya:
- Berjalanlah 30 minit tiga ke lima kali seminggu sekurang-kurangnya.
- Minumlah air dengan banyak.
- Disyorkan mengambil makanan kesihatan untuk mempercepatkan penurunan berat badan di samping mengoptimumkan fungsi badan.
Teruskan berjalan.. Dan jangan pandang belakang!
Kalau anda rasakan yang anda atau rakan dan ahli keluarga anda juga mungkin mengalami masalah yang sama, saya jemput anda untuk LIKE dan SHARE dengan mereka. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com










No comments:
Post a Comment