Social Icons

 

Saturday, 22 March 2014

Alah, Sembahyang Di Luar Masjidil Haram Pun Nak Sembang..



Istiqamah


Penat juga melangkah melangkaui jemaah umrah yang ramai di masjidil Haram. Ada pelbagai ragam. Yang baik Ada, yang buruk pula tidak kurang banyak pula. Ada yang ditimpa Ujian kesihatan. Ada yang mulutnya kumat - kamit asyik mengomel sahaja.

 
Apa yang indah, di Tanah Suci segalanya digandakan berkali lipat. Kebaikan memang diketahui umum digandakan. Tetapi yang tidak kurang penting ialah keburukan juga digandakan dosanya. Peluang yang ada usah ditolak ke tepi. Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari.




Sejadah itu
Seingat saya, kejadian yang kecil dan mencuit hati memang banyak. Pernah saya terpaksa sembahyang di luar Masjidil Haram. Kebetulan membawa sejadah. Tanpa teragak saya solat di luar. Tapi ada seseorang tumpang sekaki di sebelah, juga ingin solat bersama. Saya tidak berfikir panjang, terus sejadah dibentang mengiring agar dapat dikongsi. Itu sahaja, tiada yang istimewa. Tapi, ada kesannya. Beberapa hari kemudian, sekali lagi terpaksa solat di luar. Tiada sejadah. Tiada tempat solat. Nun jauh di luar ada tempat yang paling jauh. Dalam hati, tak solat lah aku kali ni. Melepas. Kecewa. Saya mundur mandir sampai ke belakang, tiada tempat solat. Yang tinggal hanyalah jalan raya yang kotor dan Imam yang sudah mengangkat takbir. Tiba-tiba saya ternampak satu saf kosong. Seorang lelaki membentangkan sejarahnya. Bersambung dengan sejadah orang lain. Dengan senang saya menyelit di tepinya, dengan sebuah senyuman dan sedikit isyarat, saya dapat solat berjemaah di masjidil Haram dengan sejadah yang bersih. What you give you'll get back.



Di dalam kesukaran ada kemudahan. Mungkin pada awalnya kita diuji, kemudian setelah lulus ujian Allah Taala permudahkan pula. Saya yakin yang umrah tidak seharusnya dilihat sebagai makan angin. Selesaikan umrah dan kekalkan beberapa amalan tertentu supaya boleh dibawa tabiat itu di Malaysia.
 
Solat berjemaah
Salah satu daripadanya adalah solat berjemaah di masjid. Saya rasakan bahawa umrah adalah medan latihan yang terbaik. Bayangkan dengan pahala yang digandakan 100,000 kali lipat, tidak sepatutnya kita berpeluk tubuh. Adalah amat malang sekali jika masih ada yang melakukan solat fardu di dalam hotel. Nenek tua yang berjalan dengan kesukaran pun bersusah payah ke masjid, apatah lagi jemaah yang sihat walafiat. Malu la ya?

Biarlah sedikit

Bukan sekadar itu Istiqamah ini diperlukan untuk semua situasi. 'Sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan'. Pernah dengar bukan? Tidak ada gunanya kita pulun habis-habisan sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat semalaman. Kemudian berhenti. Begitu juga tanda keramat yang paling besar adalah Istiqamah dan bukannya dikurniakan dengan keajaiban yang menipu.

Kita aplikasikan dalam semua aspek kehidupan, insya Allah berjaya. Contohnya, istiqamah dalam menuntut ilmu dengan cara melazimi orang yang berilmu.



Dalam bisnes pun tidak kurang pentingnya. Buat sikit tapi berterusan. Amalan menarik rezeki mestilah dilazimi. Sunat dhuha , selawat, sedekah amalkan selalu walaupun berdikit. Yang penting konsisten. Selain hubungan dengan Allah, hubungan dengan prospek hendaklah dijaga kemas. Pastikan kewujudan diri anda dan bisnes dikenali di dunia saiber. Follow up prospects dan pelanggan, update blog, Facebook dan segala bentuk komunikasi dan wadah sosial adalah kemestian.

Perniagaan BerTuhan

Saya beruntung kerana berada di dalam suatu kumpulan bisnes online yang bukan sahaja tersusun malah mempunyai suatu sistem dan mentor yang berkaliber. Paling menyeronokkan adalah konsep perniagaan yang berTuhan. Rasa selesa. Teringat kata-kata mentor, usah berniat untuk kaya, tapi berniatlah untuk membantu menyelesaikan masalah manusia, insya Allah kamu akan terpaksa menjadi kaya. Tabik spring.


Saya pasti anda adalah seorang yang positif. Saya jemput anda untuk klik like dan share button di bawah. Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan sahabat dan keluarga anda.


 
 
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Ebook percuma!

 
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com
 
 
 


 

 







No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my