Akak Masam
Tak nak lah beli dengan Akak Masam. Isteri menarik muka, juga masam.
Kami pernah lah juga membeli nasi dan lauk pauk di gerai Akak Masam ni. Memang mencuka. Susah benar nak senyum. Bukan tu sahaja, dia agak anti kalau kita buka-buka tudung lauknya. Mesti cepat-cepat dia nak tutup. Lalat katanya. Masih lagi mencuka. Oh, dan janganlah beli lauk sahaja tanpa nasi nanti bertambahlah cuka di pipinya.
Sepatutnya huru-hara
Itu bab negatif beliau. Tapi pelik. Kedai laku. Beratur-atur orang menunggu giliran. Agaknya semua pelanggan dah mental kut. Tidak juga. Masakan dia sedap dan banyak pilihan berbanding gerai lain. Alangkah baiknya kalau masakan yang sedap disulami dengan wajah manis dan teguran ramah. Sudah tentu huru-hara kedai tu nanti. Dan sudah tentu dia akan mendapati kami menjadi pelanggan tetap dan bukannya pelanggan bila terpaksa sahaja. Semuanya dek kerana ketirisan senyuman.
Senyum menarik pelanggan
Sebaliknya berbeza sekali dengan abang akak di sebuah pasar malam berhampiran. Berkopiah dan senyuman yang seolah-olah ditampal di pipi. Gerai beliau adalah laluan wajib bagi kami. Setiap kali memesan coconut shake, beliau pasti tambah satu scoop tambahan. Seolah-olah suatu chemistry di situ. Dan hati pasti tersenyum setiap kali bertemu.
Mamak dan 'adik manis...'
Senario yang sama di kedai mamak. Ungkapan 'Adik manis...', 'Sila duduk abang.. ' servis yang cepat dan mesra menjadi trademark. Pelanggan pula tidak segan - segan berbelanja lebih untuk servis tambahan ini.
Tidak terkecuali masjid berhampiran. Saya agak pelik kenapa ayahanda mertua suka pergi ke masjid lain yang sepuluh kilometer lebih jauh? Jawabnya ringkas, 'jemaah masjid sana mesra', masjid ni pula tidak terasa seperti disambut baik, semacam tiada perasaan. Tiada aura agaknya.
Kemesraan itu percuma
Jadi apa sebenarnya ni? Pertama, sila tambah nilai bisnes anda dengan kemesraan. Dan berita baiknya ialah, kemesraan ini percuma. Tiada perlukan modal. Kenapa ada penyambut tetamu di pintu masuk pizza hut dan kebanyakan pintu masuk kapal terbang walaupun tiket tambang murah? Anda sendiri jawab.
Kedua, kemesraan dicampur kualiti barang/perkhidmatan bakal menghuru-harakan bisnes anda jika kena caranya.
Ketiga, konsep yang sama dalam segala perkara dan muamalat harian di mana-mana hatta masjid sekalipun.
Sesiapapun akan lebih suka berurusan dengan orang yang dia rasa selesa dengannya. Binalah rangkaian perniagaan yang berasaskan kepercayaan, Insya Allah kejayaan itu akan hadir seolah-olah tanpa dicari. Insya Allah
Jika anda rasakan anda juga bermasalah dengan 'akak masam' dan anda rasakan nota ini juga berguna untuk rakan dan taulan, saya dengan rendah diri menjemput anda untuk klik LIKE dan SHARE. Moga bermanfaat untuk peniaga mahupun bakal peniaga di luar sana.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com

.jpg)







No comments:
Post a Comment