Habib kembali AKTIF!
Sudah seminggu Habib jatuh. Dia tersalah landing. Jatuh tersadung dengan badan tersembam dan terpele'ot kaki kirinya.
Kaki saya patah
Kata Habib, kakinya sudah patah. Kejadian dilaporkan dari berhampiran pesta makanan Thai. Dia mulai jalan terhenjot-henjot.
I'd prefer guni beras
Abah terpaksa pasrah. Menggendong batang tubuh 30 kg bukannya cabaran mudah. Jaraknya pun bukan dekat. Dekat setengah kilo. Guni beras lebih ringan rasanya.
Pesta Makanan Thai terpaksa diteruskan tanpa kami. Balik ke rumah semua orang kepenatan. Semua cari bantal. Membina tenaga.
Tercabut la pulop
Keesokannya Habib enggan berjalan. Berdiri pun tak mahu. Terpaksalah dibawa ke hospital. Mujurlah x-ray tidak menunjukkan sebarang tanda kepatahan. Kali ini, Habib memberitahu doktor yang melihatnya bahawa kaki dia tercabut. Bermacam ragam anak yang seorang ini.
Patah tidak terseliuh pun bukan. Soft tissue injuries. Balut kaki dengan crepe bandage dan balik, itu aje rawatannya.
Habib dan crutches
Habib enggan berjalan. Terpaksa lah dibelikan crutches. Habib enggan berlatih menggunakannya. Terjatuh beberapa kali. Akhirnya Habib mahu merangkak sahaja.
Hari kedua dan ketiga pun begitu. Bersusah payah berjalan. Kebanyakan nya merangkak sahaja seharian. Crutches terbiar sahaja.
Hari keempat. Habib menjerit. Kuat jeritannya. Abah! Habib dah boleh jalan!
Terhenjot-henjot. Tapi dia berlari. Bayangkan semalam merangkak hari ni berlari terkocoh-kocoh. Hantu apa la agaknya yang masuk dalam anak aku ini.
Seminggu berlalu, Habiburrahman sudah sihat sepenuhnya. Semalam, apabila melalui tempat soopa doopa, tempat di mana dia jatuh dengan jayanya, Habib dan Luqman histerical. Nak main! Nak main! Kids will always be kids.
They don't seem to learn ma..
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com






.jpeg)




No comments:
Post a Comment