Saya memang tidak faham kenapa sang isteri beriya sangat nak makan protein Shaklee nih. Beriya memesan dari sahabat WhatsApp. Daripada pengguna tegar sampailah akhirnya terjerumus menjadi ahli. Tapi kenapa?
Tumpang sekaki
Disebabkan saya ni suka barang free, maka saya pun tumpang sekaki. Rasanya ok la jugak. Tapi bila tambah coklat lagi ok. Tapi bila buat shake sedap la pula. Tapi bila tengok resepi di alam maya, terasa geram la pula nak cuba.
Tanpa ku sedari dua minggu berlalu. Dan dua kg lemak di perut juga berlalu. Menjadi la gamaknya. Insya Allah akan lebih istiqamah.
Update : sedang order shake and take from lazada. Goodbye unhealthy breakfast! Or so I wish..
Alang-alang dah makan energised soy protein ESP ni, saya pun melakukan pembacaan berkenan khasiat soya.
Penyakit yang berangkai-rangkai
Fuh, soya ni teramat banyak sangat gunanya. Ia berupaya mengawal kencing manis, darah tinggi, kolesterol, masalah jantung dan saluran darah hinggakan asma (sumber webmd.com).
Antikanser
Ia juga berguna untuk membantu pencegahan, perawatan dan pemulihan beberapa jenis kanser seperti peparu, thyroid, rahim dan prostat. Di samping itu juga ia menghalang osteoporosis dan juga melambatkan kerosakan pada buah pinggang bagi penghidap masalah buah pinggang kronik. (rujukan webmd.com)
Pelawasan
Selain itu, protein soya juga berguna bagi rawatan sembelit dan juga cirit-birit di samping mengurangkan sakit-sakit badan selepas melakukan aktiviti sukan yang berlebihan. Dan agak menarik juga ia dapat meningkatkan memori.
Mungkin sebab inilah kawan-kawan dari kalangan orang Jawa yang suka makan tempe (baca - protein soya) pandai-pandai belaka.
Dan ini pula kebaikan soya protein ESP berdasarkan pengilangnya :
Kandungan proteinnya adalah dua kali ganda daging, 12 kali susu dan empat kali ganda susu!
Akan tetapi, kandungan kolesterolnya adalah rendah dan mudah diserap oleh badan. Bermakna, satu scoop yang dimakan menghasilkan begitu banyak khasiat, tentunya berbaloi-baloi untuk poket.
Produk ini diiktiraf oleh pelbagai kajian tentang kualiti penghasilan dan keberkesanannya.
Organik
Kandungan protein yang terkandung dalam ESP dihasilkan secara alami, organik tanpa sebarang proses pengubahsuaian genetik atau non GMO.
Setin adalah bersamaan dengan 30kg kacang soya! Sape sanggup telan soya sebanyak ini. Ada beran?
Protein yang sangat berkualiti
ESP mengandungi 22 jenis amino asid. Tapi yang paling dibanggakan oleh syarikat ini ialah ESP adalah satu-satunya produk dan pasaran yang membekalkan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.
Sedang saya asyik menikmati ESP, ada pula suara-suara nakal yang mengaitkan soya dengan pengganas, er maksud saya kesan sampingan yang boleh membantutkan impian saya untuk terus menghalau lemak yang bertenggek di pesisiran perut.
Bezakan GMO dengan non GMO!
Saya berpendapat bahawa dakwaan ini mungkin benar bagi protein soya yang dihasilkan secara pengubahsuaian genetik (GMO) ataupun pengambilan harian yang berlebihan ataupun pesakit memang alergi kepada protein soya.
Insya Allah pada kesempatan lain saya akan cuba rungkaikan persoalan.
Jika anda merasakan penting mengetahui berkenaan khasiat protein, anda rasa artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.
P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com









No comments:
Post a Comment