![]() |
| The Red Warrior suatu ketika dahulu.. |
Semenjak kebelakangan ini semakin kerap kedengaran kes serangan jantung penyokong tegar bola ketika menonton perlawanan bola. Tidak kira di rumah mahupun di stadium. Agaknya keadaan emosi yang sangat teruja di samping risiko jantung yang sedia ada merupakan penyebabnya. Dan mungkin kerana the Red Warrior semakin mengancam? Dan juga terancam? Ataupun mungkin kerana si mangsa hanya pandai menonton bola sahaja, tetapi tidak tegar bermain?
Sakit jantung sudah dikira sinonim dengan kematian. Ada yang berakhir dengan kematian mengejut. Dan ada pula yang diuji dengan kesukaran dan juga kematian perlahan yang menyeksakan.
















