Social Icons

 

Monday, 12 May 2014

Petua Ringkas Tapi Berbaloi Bagaimana Seorang Tentera Berjaya Bersiap Ke Medan Tempur Dalam Lima Minit, Dan Bagaimana Anda Juga Mampu Melakukannya.



Tentera sentiasa siap siaga.   Mereka tidur tapi telinganya sentiasa peka. Mereka dilatih dengan saranan diri 'satu peluru satu musuh'.


Bunyi serombong kedengaran. Dalam tempoh lima minit mereka akan bergegas keluar dengan segala kelengkapan dan beg mereka. Lima minit. Bagaimana mereka boleh lakukannya?

Menurut seorang isteri kepada pegawai tentera. Memang encik suami sudah dilatih untuk menyiapkan beg rucksack mereka setiap masa. Di dalam beg berkenaan sudah ada senarai barangan yang wajib ada.



Disebabkan itu, mereka boleh meluru keluar secepat lima minit apabila negara memerlukan khidmat mereka. Beg itu memang akan senantiasa siaga.

Bagaimana kita yang bukan tentera ini boleh tiru? Benda yang baik tak salah kita ikuti.

Antara saranan yang saya ingin kongsikan adalah beg bayi. Bagi anda yang memiliki anak kecil, saya cadangkan anda sediakan beg bayi ini. Buatkan suatu senarai barangan yang wajib ada. Contohnya adalah botol air, botol susu, susu, lampin, pengelap serba guna atau 'wipes' dan satu set pakaian berserta tuala.




Pastikan beg bayi di'update' setiap masa. Sejurus sebelum meluru keluar, pastikan anda melihat kertas senarai yang disimpan di dalam beg tersebut. 

Insya Allah, sangat berguna. Anda boleh berterima kasih kepada saya kemudian. Mat Saleh kata, you can thank me later, hehe.

Bila anak sudah semakin membesar, mungkin kita boleh ubah suai sedikit. Kita panggil beg baru ini dengan panggilan yang sesuai, contohnya beg swimming, beg taek won do atau beg balik kampung.




Sekali lagi, buat senarai barangan yang mesti ada. Mungkin boleh ajar anak menyiapkan barangan mereka sendiri.

Buat senarai yang bergambar. Laminate kalau anda rajin. Di belakang kertas kecil itu, letakkan nombor telefon anda jika berlaku kecemasan. Maklumat lain sila tambah juga. Contohnya nama anak dan ibu bapa serta penyakit anak jika ada dan alahan jika berkenaan.




Sekembalinya dari urusan tersebut, pastikan barangan yang perlu dicuci diisikan kembali ke dalam beg berkenaan. Nah, mudah bukan?

Idea ini bukan sahaja bagus untuk anak bapak. Bapak sekali pun boleh buat. Buat beg siap siaga untuk pergi kerja pula.




Tentu seronok melihat beg yang tersedia di muka pintu setiap masa. Anda hanya perlu galas beg dan terus chalo.. Masa dan stress berjaya dikurangkan. 

Mungkin usia anda juga bertambah, siapa tahu? 


Jika anda merasakan bahawa penting untuk mengetahui berkenaan cara mengatururus rumah tangga anda, dan artikel ini bermakna buat rakan dan taulan, saya jemput anda LIKE & SHARE. Sharing is caring.

P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
https://dl.dropboxusercontent.com/u/25741918/zikri.pdf

Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com





No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my