Social Icons

 

Friday, 28 March 2014

Tipu Kanan Tipu Kiri




Gelama ikan duri


'Siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri'


Mula-mula saya kurang faham macam mana orang yang berbohong boleh jadi pencuri.. Setelah mengamati dalam - dalam akhirnya saya mendapat suatu pencerahan. 

Dosa pertama

Pertama, suatu dosa akan membawa kepada suatu dosa yang lain. Apabila anda sudah terbiasa berbohong, lama kelamaan anda berbohong lagi untuk menutup kebohongan yang pertama.. Akhirnya ia menjadi bohong bertingkat-tingkat.. Apabila sudah terbiasa berbohong maka dosa lain menjadi lebih mudah.




Dah terbiasa bang..

Ibarat daya inersia sebuah kereta yang baru berjalan. Daya yang diperlukan pada permulaan menggerakkan kereta amat besar. Tetapi setelah melepasi halangan tersebut kereta meluncur dengan mudah dan gear tinggi boleh digunakan. Penggunaan minyak juga dapat dijimatkan.

Jadi dosa pertama memudahkan dosa yang lain dilakukan. Dosa pertama adalah yang paling sukar. Perasaan bersalah, malu dengan diri sendiri dan Allah mungkin menebal. Rasa menyesal menyelinap. Tetapi setelah diulangi dosa berkenaan sedikit demi sedikit rasa bersalah mula pudar. Tompok hitam sudah bertambah hitam.

Alah, simcard je pun

Saya teringat pengalaman membeli sim card di tanah suci baru-baru ini. Selang tiga ratus meter dari pintu pertama Masjidil Haram saya ditipu peniaga Bangladesh (Maaf, bukan berniat mengutuk mana-mana bangsa). Saya minta sim kad Mobily. Dia angguk lalu mencari . 



Kelentong 

Kelihatannya seperti kehabisan stok. Dengan yakin dia berikan sim kad jenama Zain. 'this is better 50 cents per minute'  much better than Mobily. Saya angguk saja dan terus bayar. 



Oh tipu rupanya! Saya terus buat panggilan ke Malaysia tapi rate yang dikenakan rupanya 2 riyal seminit!  Dia telah menipu dan mencuri (hak saya) ! Saya agak marah cuma keberadaan saya di Tanah Suci menghalang saya dari membantah-bantah (tapi di mana-manapun kena bersabar kan?)

Akhirnya ku tahu

Rupa-rupanya memang bohong dan mencuri itu seangkatan dan sekapal. Dia telah mensabotaj bisnesnya sendiri. Satu keburukan akan memburukkan imejnya. Dan satu keburukan akan menjadi buah mulut. Biasanya suatu 'word of mouth' akan mencapai 300 telinga dan mulut lain. Bagaimana pula dengan impak maksima media sosial?




Kesimpulannya, peniaga-peniaga di luar sana dengarlah. Usah disabotaj bisnes anda. Bercakap benarlah. Amanah lah di dalam bermuamalah. 'what goes around comes around'. 

Amanah=pintu rezeki



Apa yang anda lakukan akan memberi kesan kepada anda juga suatu hari nanti. Mungkin doa orang yang dizalimi akhirnya menjadi asbab runtuh sebuah bisnes. Sebaliknya amanah yang ditunjukkan bakal melonjakkan bisnes anda ke tahap yang super mantop! Amin..

Sekiranya anda juga mengalami situasi yang sama dan anda rasakan artikel ini mungkin berguna buat rakan dan taulan, saya jemput anda untuk klik LIKE dan SHARE.



P/S : Saya sangat berbesar hati kerana anda membaca entry ini. Klik di sini untuk mendapatkan hadiah Ebook Motivasi PERCUMA anda!
Ebook percuma!

 
Jamilah & Zikri
Shaklee ID: 1122313
Call/SMS/Whatsapp : 010-5663274 atau 012-9883101
Email: drzikri[@]gmail.com
 
 
 


 

 
 
 

 




No comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnosa apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat daripada pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my